CCS

LHDN’s Announcement: Notifikasi Sistem e-PCB Plus : Notice for Verification of TIN and MyTAX ID

Share the Post:

Untuk makluman, Sistem e-PCB Plus akan menggantikan sistem PCB sediada (e-PCB / e-CP39 / e- Data PCB) dalam satu platform.

Sistem baharu ini boleh diakses melalui Portal Mytax dengan menggunakan Nombor Pendaftaran Cukai (TIN) daripada ID MyTAX pengguna. Tarikh sebenar penggunaan sistem baharu ini akan dimaklumkan kemudian kepada majikan.

Majikan perlu memastikan individu yang diberi kuasa berkaitan kiraan, bayaran & penghantaran data PCB telah mempunyai ID MyTAX.

Majikan juga perlu memastikan maklumat data pekerja ( nama / TIN / no. pengenalan) adalah betul dan teratur bagi membolehkan PCB pekerja diproses apabila menggunakan sistem baharu. Pendaftaran dan semakan TIN / ID MyTAX boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Daftar di portal MyTAX atau dengan menghubungi pejabat LHDNM yang berdekatan.

3
Share the Post:

Related Posts